Perkumuhan-kanak2.png

Keluarga yang gembira adalah datang daripada kehidupan anak-anak yang sihat. Antara masalah kesihatan yang lazimnya yang di hadapi oleh kanak-kanak adalah daripada masalah perkumuhan. Ini banyak bergantung kepada pengambilan makanan oleh kanak-kanak tersebut. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah makanan yang terbaik untuk membantu system perkumuhan kanak-kanak tetapi malangnya makanan-makanan ini sangat tidak digemari oleh golongan ini. 5 makanan yang mengandungi khasiat serat diet yang tinggi adalah seperti berikut.

  1. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran adalah merupakan punca serat yang sangat tinggi terutamanya daripada sayur-sayuran hijau. Tetapi menjadi cabaran bagi ibu-ibu kerana kanak-kanak amat tidak mengemari sayur-sayuran. Oleh itu ibu-ibu kena menggunakan cara yang kreatif untuk menarik minat anak-anak untuk memakan sayur-sayuran.

         2. Buah-buahan

Buah-buahan adalah punca serat yang sangat tinggi. Contohnya seperti pisang, epal, tembikai dan lain-lain di mana serat yang terkandung dalam buah-buahan ini sangat membantu perkumuhan untuk kanak-kanak. Tetapi, cabarannya juga sama untuk menggalakkan kanak-kanak untuk gemar makan buah-buahan sama seperti sayur-sayuran. Apa kata ibu-ibu cuba resepi kreatif ini http://cerealmond.com/pisangbersalutcoklatdanbijirin/

          3. Bijirin

Bijirin seperti empingan malt atau empingan jagung adalah makanan yang sangat sesuai di ambil oleh kanak-kanak terutamanya di masa sarapan pagi. Di samping memberi tenaga, makanan ini juga mengandungi diet serat yang sangat tinggi di mana dapat memudahkan lagi proses perkumuhan kanak-kanak. Inginkan idea supaya kanak-kanak lebih mengemari bijirin ini? Jom  sama-sama kita tonton video ini http://cerealmond.com/aiskrim-goreng-bijirin/

           4. Yogurt

Kebanyakkan yogurt mengandungi apa yang di panggil bakteria baik ataupun probiotik yang membantu pencernaan dan perkumuhan.

          5. Air yang cukup

Minum air yang cukup iaitu sekitar 3 liter sehari sangat membantu sistem perkumuhan. Minum air yang mencukupi membantu mempercepatkan pembuangan toksin dalam badan samada melalui buang air kecil ataupun air besar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *