Spaghetti

Assalamualaikum pembuka bicara. Sekadar berkongsi tip bagaimana untuk memastikan spaghetti yang anda masak itu telah betul-betul masak.

Tip ini saya dapat hampir lebih 20 tahun yang lalu daripada sahabat yang berkongsi satu apartment dengan saya semasa menuntut di United Kingdom antara tahun 94-95. Nama sahabat saya ini adalah Fabio dan berasal dari Italy. Beliau sangat pandai memasak terutamanya masakan dari tempat asal beliau iaitu Bologna, Italy. Walaupun pada masa itu umur kami sekitar awal 20 an tetapi masak sendiri adalah pekara rutin kerana kalau hendak makan di luar harga sangat mahal apatah lagi matawang dalam pound sterling.

Tip ini sangat pratikal dan sudah tentu boleh diguna pakai kerana spaghetti adalah makanan ruji orang-orang Itali. Caranya mudah, apabila memasak spaghetti dan bagi memastikan ianya betul-betul masak ialah ambil 1-2 helai spaghetti itu dan di baling ke dinding. Jikalau spaghetti itu betul-betul melekat dan tidak jatuh makna ianya telah betul-betul masak. Pada mulanya saya ingat Fabio bergurau, tetapi dia telah melakukannya setiap kali masak spaghetti.

Anda semua boleh cuba tip ini tetapi pastikan setelah mencuba perlulah di bersih dinding dapur anda sebab jikalau tidak mungkin tetamu yang datang akan bertanya sama ada itu spaghetti ataupun wallpaper…hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *